Jurnal Kembara Gunung Silipat,Thailand.
Jurnal Kembara Gunung Silipat,Betong,
Thailand.
Terletak di wilayah Betong,selatan Thailand,Gunung Silipat memang tidak asing lagi dari menjadi tumpuan para pelancong pada waktu hujung minggu.Bukan sahaja pelancong tempatan malah pelancong dari negara jiran seperti Malaysia,Singapura,Indonesia,Myanwar mahupun dari negara Barat turut tidak melepaskan peluang untuk mendaki ke puncak Gunung Silipat ini ketika mengunjungi Betong,Thailand.Rata-rata pelancong akan mula mendaki ke puncak Gunung Silipat ini seawal jam 6 pagi waktu tempatan untuk melihat keindahan panorama matahari terbit dan fenomena awan nano yang cukup cantik.
Ikuti catatan pengembaraan penulis mendaki ke puncak Gunung Silipat ini.
HARI PERTAMA:
Pada 31 Ogos hingga 1 September 2018 yang lalu,penulis bersama-sama kumpulan pendaki seramai 40 orang dari Malaysia di yang dikenali dengan nama kelab Silver Outdoor Sports (SOS)telah mendaftar masuk ke wilayah Betong di Selatan negara Thailand melalui Pos Imegresen Pengkalan Hulu-Betong dengan menaiki sebuah bas.Selepas selesai urusan di Imegresen,kami menuruskan perjalanan ke pekan Betong.Kehadiran kami di pekan Betong disambut oleh Encik Habib yang merupakan ketua jurupanduarah kumpulan kami.Beliau membawa kami ke sebuah warung tradisional untuk menjamu selera sebelum menyambung perjalanan ke Gunung Silipat.Masakan Thai yang dihidangkan di warung itu cukup menyelerakan selain harga yang berpatutan dan halal.Setelah puas menjamu selera,kami meneruskan perjalanan ke sebuah perkampungan kecil yang terletak di kaki Gunung Silipat yang dikenali dengan nama Kampung Nao Rak Chun.Dari perkampungan itu,kumpulan kami menaiki kenderaan pacuan 4 roda (4x4)untuk ke tempat permulaan pendakian.Laluan 4x4 yang dilalui agak mencabar disebabkan jalan yang agak licin berikutan hujan lebat yang mula turun.Kecekapan pemandu kenderaan 4x4 yang kami berjaya membawa kumpulan kami sampai ke tempat permulaan pendakian yang terletak di atas sebuah bukit yang terdapat ladang getah dan dusun durian yang diusahakan oleh penduduk tempatan.
Usai membaca doa mendengar taklimat dari jurupanduarah,penulis memulakan langkah bersama-sama rakan pendaki yang lain mendaki ke tapak perkhemahan Gunung Silipat yang terletak 2 Kilometer dari tempat permulaan pendakian.Setelah hampir sejam,akhirnya kami tiba di kawasan Tapak Perkhemahan Gunung Silipat.Di sana,terdapat pelbagai kemudahan yang disediakan untuk para pelancong yang ingin bermalam seperti khemah,tandas dan sebuah kedai runcit kecil.
Makan malam kumpulan kami disediakan oleh krew jurupanduarah yang rata-ratanya orang tempatan yang bertugas di kawasan Tapak Perkhemahan Gunung Silipat itu.
HARI KEDUA:
Seawal jam 6 pagi waktu tempatan,kumpulan kami telah bersiap sedia untuk menawan puncak Gunung Silipat yang terletak 500 meter dari tapak perkemahan kami.Laluan pendakian ke puncak lebih mencabar daripada laluan ke tapak perkhemahan yang dilalui semalam.
Untuk ke puncak,pendaki perlu mendaki laluan yang berbatu dan meniti tebing yang agak curam sedikit,namun,dilengkapi dengan tali keselamatan yang dipasang untuk memudahkan pendakian.
Setibanya di puncak Gunung Silipat yang berketinggian 670 meter dari aras laut,penulis disajikan dengan panorama alamsemulajadi yang cukup indah.Siapa pun yang tiba di puncak gunung ini,pasti akan terpesona dengan keindahan alam yang terdapat di sini.
Penulis tidak melepaskan peluang untuk mengambil beberapa keping foto di atas puncak Gunung Silipat ini.Sebelum memulakan perjalanan turun dari puncak ke tapak perkhemahan,kami mengambil gambar berkumpulan bersama-sama jalur gemilang.
Setibanya kembali di tapak perkemahan,kami berkemas untuk berjalan turun dan menaiki kenderan 4x4 ke Kampung Nao Rak Chun.
Sebelum bertolak pulang ke Malaysia,kami singgah di beberapa lokasi menarik yang terdapat berhampiran pekan Betong,Thailand sambil membeli cenderahati seperti Terowong Komunis (Piyamit Tunnel)dan Kolam Air Panas Betong.
Comments
Post a Comment